Tuesday, June 21, 2005

Adakah diriku ini
atau hidupku ini
sesuatu persinggahan di ufuk dunia..
penuh cakaran
belai kata-kata menyerbu seribu tombak
memecah bersepahan seribu

dulu; lakaran hidupku bermainan wayang kulit
sebuah hikayat tidak hilang tidak terseret
oleh masa yang usang dimakan usia

Oh kencana!
Sungguh meriah pada tiang senja!
Lagu mekar dendangan sufi dan asmara
diikuti dendangan paluan rebana dan dandi
ekori aluan madali dan duri
shahadan suaranya terlalu merdu
getaran aluan irama dan lagu
sungguh riang hakikatnya memandang

...tersenyum sebar dindaku kekasihku
yang duduk bersebelahanku
menatang ambang kayangan indrapuri...

Namun.. ..
Perlukah bencana menyerbu masuk
memecah menghonar segala yang hidup
terpisahnya lagu dari hikayat hidupku

Wayang kulit menjelma bergerak tanpa irama dan lagu
Semangat patah, pangkal akal kusut
angin berterusan menyerbu masuk
memisah segala yang riang dan tawa
diisi pula tima yang panas membara
diisi juga asap racun yang sesak
persis nazak seseorang yang tenat pernafasannya

Kutidak dapat membuka mata
kerna alam dibuai kegelapan
Terperangkap sudah terbelenggu dalam
tubuh yang lemah dan daus

tidak dapat bergerak
tidak dapat lihat


Dalam lembah yg gersang ku pinta air mawar
HAUS AKU!!
tulang daging menjadi kerak pepasiran debu
tulang daging bersatu dengan Gaia
Hancur, itulah dia, mayat hidup berkeliaran layu

Menyusul sudah tercetus alah
Peperangan dahsyat membalut atma dan udara
dengan titisan darah dan air mata

Dapatkah ku bersuara
menghulus pedang ke arah mereka
yang memakan menggigit mendusta

Penceroboh!Rakus merampas takhta di hati!

.. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..

Dimanakah kekasih
bidadari syurga coretan puisi
yang dahulu
Dikau semai cinta abadi
dan sekarang
dikau hilang dari mata kalbi
Kesana kesini ku mencari
teriak sudah namamu
pantulan bergegaran menyerbu masuk pintu kayangan
hanya hampa yg kudengar

Dimanakah kekasih
yang jauh dariku
memakan debu
rinduku segenap nafas sedetik hati
melihat menunggu kehadiran putri dewi
membawa pancaran suria bernama harapan
Cintaku
Lebih jauh dari perhujungan angkasapuri
yang bertaut pada empat sudut khatulistiwa peri
Jauh bersih sesuci telaga khausar
kerana itu diaku kujadikan erti
bagi perjuanganku ini
akan ku kembalikan lagu dan irama
kepada cerita wayang kulit kita

Putra Putri bersanding di atas legenda
Tamatlah kalam kita sebagai cerita
Kekal abadi cinta abadi
Gembira sudah selamanya..pasti.

Karya oleh: Ibnu Hazlami Az Zawawi

No comments: