Not a gd day for me.
Not saying anything.
Let's put it all aside, ok?
I love you mama.
Sempena Hari Ibu, adek ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mama. Selalunyer, amie kasi bunga, tapi telupe nk beli. Tapi ada benda special untuk mama.
Mama, ku rasa banyak yg inginku beritahu dikau. Semenjak mama melahirkan ku, sehingga memakai bajuku untuk bersiap ke sekolah, kepada ibu menyiapkan sarapan pagi untuk ku, tidak dapatku beri ataupun membalas jasa dan sygnya padaku.
Hanya air mata saja yg dapat mampuku berikan padamu di hari yg indah besok. Hanya senyuman yg dapat ku ukirkan padamu ibu. Daif diriku ini, namun, dikau menjadi pegangan untukku terus berjalan di bumi yg keras ini.
Dikau lembutkannya dengan air kasih sygmu, agar kakiku tidak terpijak duri yg membakar menjilat.
Hanya tangan yg menadah ini sahaja yg ku mampu berikan padamu, agar dikau bahgia selamanya.
Ibu. Sebuah nama yg telah ditulis didalam langit syurga. Sebuah nama yg telah ditulis di dalam air telaga kausar. Sebuah nama yg tersebut sejarah yg indah, harum dan suci, didalam setiap degupan jantungku. Setiap nafasku. Setiap waktu.
Ibu. Insan yg hanya menyayingi ku. Yg hanya memahamiku. Yg pabilaku sedih, pabila air mata berlinangan di pipi, dia akan membasahinya dengan air matanya. Dan memberikanku pelukan belaian yg tidak terputus-putusnya kasih. Pabila ku penat, insan inilah yg sungguh memahami setiap masalahku.
Pabilaku sakit.. Dikaulah yg belai rambutku, berikan air Al-Quran, dan iringi pula dengan doa dan munajat, agarku sembuh..
Agar ku sembuh.. Agarku sembuh.. Agarku sembuh..
Pabila diri ini resah, pabila diri ini kekosongan, pabila diri ini tidak bernyawa, ibulah yg mengisikan nya dengan senyuman mesra..
Tidak ku dapat bayangkan hari dimana ku jauh darimu. Tidak dapat ku bayangkan betapa hati ini rindu jika dikau tiada lagi disisi ku.
Jgn dikau pergi ibu.. Ku perlukan belaian mu, kerna ku hanya mampu bermasygul atas ujian yg menimpa diri yg fana ini.
Namun, engkau tabah menghadapinya. Pabila bapaku sakit, dengan titisan air mata, engkau kuatkan semangatmu untuk menjaga keluarga kita yg senantiasa tidak menghargai jasamu.
Sumpah ibu, ku tidak pernah lihat seorang insan sepertimu.
Ingat tak, suatu hari itu, dikau menangis seorang diri di dalam kamarmu. Menangis kerna letih teramat mencengkam semangatmu. Menangis kerna ujian yg telah melanda keluarga kita. Pada hari itu, ku dpt lihat perit dan sengit perjalananmu.
Ingat tak, suatu hari itu, dikau kecewa atas diriku ini yg telah melukai hatimu.
Sampai ke hari ini, ku tidak dpt menghilangkan bayangan itu. Tidak kan ku lupa kata2 mu, " Mama syg kau lebih, bagai menatang minyak yg penuh, kau balas dgn tuba? Hanya engkaulah yg mama dpt harapkan.."
Ingat tak, suatu hari itu, diri ini jatuh kebumi, dan resah duka tetap dikau tabah di hati, dan berdoa, agar diri ini tidak apa2..
Ibu, titisan air mata yg membasahi pipi ku tidak terhenti2 semenjak permulaan warkah ini.
Namun, ku hanya ingin beritahu padamu. Bahawa ku syg padamu. Cinta yg suci, yg abadi. Telah tertulis di Kalam Allah engkau menjadi insan yg akan menemaniku sepanjang perjalanan. Dan ku berdoa, agar dikau kekal mahligai di syurga bersama2 ibu-ibu yg lain.
Ku harap dapat bersamamu buat selama2nya. Kerna, jika ku fikirkan, engkau sahajalh insan yg tidak akan tinggalkanku, walau jasad atau batin.
Dahulu, kolot diri ini memikirkan seornag insan yg lain dpt berikan kasih syg yg lebih dari mu, namun, beliau lari jauh dari ain hati. Tetapi, dikau tetap disisi.
Semoga kita sekeluarga bersama hingga di akhir kalam.
Dan diri ini ercaya, bahawa sumpah ini tidak dikau akan menghancurkan. Kerna dikau tidak akan tinggalkan aku. Akan diri ini berjanji, untuk memberi kebahgiaan sempurna kepadamu, ibu.
Lagu ini khas untuk mu ibu. Ami syg mama. Buat selama lamanya.
Ibu.. Ibu..
Engkaulah ratu hatiku..
Bila ku berduka..
Engkau hiburkan selalu..
Ibu.. Ibu..
Engkaulah ratu hatiku..
Tempat ku menyerah kasih,
Tiap waktu..
Betapa tidak.. Hanya engkaulah..
Yg menyinari hidupku..
Sepanjang masa, engkau berkorban..
Tidak putusnya, bagai air laut..
Ibu.. Ibu..
Engkaulah ratu hatiku..
Tempat ku menyerah kasih,
Wahai Ibu....
Peace.
Saturday, May 07, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment