Thursday, October 06, 2005

Pengorbanan

Topic yg aku nk discuss pader hari nik ialah, PENGORBANAN.

Seperti kekata omputih, "How far would you go to reach what you want"

Selalunyer dorang reply, "As far as i can possibly reach."

Kekata hanya tinggal kekata. Hilang dlm ingatan, hilang dlm hembusan.

Kalo kornag tanyer aku, susah aku nk jawab. Dah byk aku korbankan. Tapi nmpk tk berhasil. Mungkin ini adalah sesuatu yg patut aku lihat. Aku berkorban kerana manusia, tk dgn tuhan. Mcm mana nk dpt keredhaan?

Dlm bulan ramadhan nie, aku terasa syahdu setiap masa aku dudok bersama keluarga nak buka puasa. Entak kenapa. Setiap hari aku zikir, Allah huma innaka affu'un tuhibbul afwa fafu'an na. Adakah Tuhan sudah mengampuni dosaku yg berhimpun cam gunung everest? Pikir balik boleh nangis. Tapi aku pegang pada kata Quran, Allah bersama mereka yg bersabar. Bersama. Itu perkataan yg membangkitkan rasa secure atau rasa selamat. Itulah yg dimaksudkan oleh ayat itu.

Tk pernah Allah meninngalkan kita begtu saja, lihat sajer makanan dan minuman kita ada. Tapi, kita yg sering lupa dan lalai. Tapi, Tuhan suka mereka yg mencuba. Yg berkorban. Bukan mcm meletopkan badan pat org sampai namer Islam tercemarlar, tapi berusaha menggubah, jihad melawan nafsu dlm diri sendiri. Aku dulu suka kutok org. Skrg, aku dah kurang lar. Smoga tak bangkit tabiat burok aku tu.

Pengorbanan. Sebenarnya byk aku nk ckp. Aku samapai dah tulis kitab mengenai Islam dlm sudut sufi. Aku harap buku tu dpt beri sedikit sebanyak pendalaman dlm pemikiran seorang sufi.

Kalo kornag nak tau, org sufi tk pikir pon bende2 alah mcm terrorisme nie semuer. APe yg ade dlm otak dorang dgn sentiasa ialah, kalimah ALLAH, dan perkataan HU, yakni Dia.

InsyaAllah, aku akan share sikitlah isi buku tu. Aku nk tukar blog skin aku, jadi yg mcm tempat org tuntut ilmu, cam intstitute Hazlami gitulah.

Fasal, blog nie bukan saja digunakan utk kongsi kehidupan dan emosi, tapi PENGALAMAN. Aku nk kongsi pengalaman dan perspektif aku tentang issu yg tk byk org pikir kan.

Issue kehidupan. Life. Hakikat hidup. Makrifah. Ilmu. Sifat. Nur. Semua faktor2 ini akan membawa kita pada jalan yg satu.

Ikhdinassira talmustaqqin. Jalan yg benar. Jalan pada yg Satu.

ALLAHUTA'LLA.

No comments: