Thursday, June 30, 2005

Im done.

Thank god.

Alhamdulillah.

Maths=sux. Gp= I Looooooove. Chem=oklah. Phy= suck my ***

How to get A cenggini??

Aku mesti disiplinkan diriku, which means..

NO SMS TO YOUR 'FANS' (stop bugging me, you idiots!! you think my father pay my bills ar? itupon skali hantar kene reply 10 kali at one go, nenek lu!)

NO TV (except CSI and blockbusters and, 675km2 hahahaha, favurit ngok The Khalk ngan badan hijau dier muahahaha)

and..

NO LIFE (since when i got huh?)

takde bende interestingler nak bebual. I NEED SUM MIRACLE LORD!!!

Kasiklah aku jumpe President Bush ke, Osama Bin LAden ke, nenek dier ke, kan interesting.

Oh telupe plak, aku temimpi matair cine aku lamer tadi pagi. Sedih, dier cam sedih gitu.

Asallah aku dianugerahkan antenna ni? asek mimpi pasal org sampai bimbang2 cam siak, kan lebih baik aku mimpi pasal aku? jadi pilot ke, jadi gigolo ke, jadi penyanyi ke, bleh tambah peminat2 aku..

nmpaknyer Idol nyer kehangatan akan berlarutan untuk beberapa lama lagi ah.. sial ah..

ade kebende org ni kutok aku cenggini. tkmo bilang sape ah.

dier ckp, " U ni slalu flirt."

mane ade flirt taik???? aku buat joke je setan!! tkbleh ke?? aku nyer suke lah nak jadik friendly ke tk.

Lagu CInta Tragika ni maseh dlm kepalae otak aku, sampai biler ko nk bermukim pat dlm?? keluarlah, buat aku emo je, setan.

peace.

Tuesday, June 28, 2005

Aku ingin berkongsi sajak ku ini. Sedihnyer lah, tapi tak jiwang hoho.

Aku masih tak rasa apa-apa. Nak kata hapi, muram je. Nak kata sedih, murong je. Ahh.. Mamposlah.

Ini buat mereka2 yang dekat di hati, jauh di pandangan.

Siapakah aku?
Yang bermasygul kesepian pada yang dulu
sayu
Pabila bulan menyersing
Pilu
menjadi satu dengan diriku
ke hulu
mencari hati emas pada waktu
yg berlalu

Siapakah aku?
Aku..?
Ahh! Peduli siapa diriku yang kemu
Lidah mereka-mereka yang kelu
melihatku
berpijak pada bumi yang satu
menangis sepi tersedu-sedu
rindu
Aku???

Peduli siapakah aku yang kemu?
Setelah menjadi kaku
Barulah dikau menangis tersedu
sedu

Akurlah, aku tidak tahu siapakah
diriku
yang sayu pikul kekayu-kayu
runtuh
yang pilu mendengar suara merdu
syahdu
"Bahgialah!"
"Senyumlah!"

Tiada yang perlu
orang sepertiku
siasah dunia
mereka rindu
AKU??

diusir ke sudut sendu
cintaku
hikayatku
jadi kisah pilu

oh ya, ku mimpi raut wajahmu siang tadi. rindu sebak di hati.

Sunday, June 26, 2005

Neither here nor there..

Its been a while since my last.

Somehow i dunno how to explain how i feel now.

Perhaps dis is what dey call, NUMB.

Gonna sit back and smile alot.

Hmm.. Must think of more racist jokes haha.

Btw, dah lamer tak bebual ngan winnie. Rindu plak aku. Haha.

Hasta pronto =\

Friday, June 24, 2005

Karam tragika..-Dinodi; CINTA TRAGIKA

Kalau begitu apa yang dikau kehendaki, aku rela membuat apa saja..

Tidakku duga, titisan air mata mengiringiku dalam perjalananku ke rumah. Seteguh diriku, masih ku rasa ku lemah. Apa dosaku Ya Tuhanku? Apa yang telah aku lakukan untuk merasa kepahitan ini?

Barulah aku mengaku
Cinta kita telah musnah
Barulah aku mengaku
Cinta kita kekal padah

Ditelan kerakusan
Kenyataan kehidupan
Dipukul kegagahan
Kepahitannya harapan

Tidak ku duga, perasaan hiba mengiringi kesepian dalam perjalanan pulangku tadi. Walaupun persoalan-persoalan yg lama telah ku terima jawapannya, ku masih terpinga-pinga kenapa ia menjadi sedemikian?

Sebuah cerita yg amat padaku indah. Hilang begitu sahaja.

Walaupun sesingkat waktu itu, kita bertemu, walaupun sesingkat waktu itu, segala dahaga dan rinduku diubat, tetap aku tidak duga kesedihan di hati ini.

Meskipun kita kembali seperti biasa, namun, tetap ku rasa diriku ini yg jahat. Yg bersalah. Atas segala yang berlaku. Ku tidak hiraukan apa kata-kata orang, walaupun mereka kata dia yang bersalah..

AKU YANG BERSALAH.. HUKUMLAH AKU SHA..

Mungkin kesedihan ini yg ku rasa adalah hukumannya.

Jikalau pelangi enggan bermain
Wewarnanya…
Jikalau mentari enggan berkongsi
Berbahangnya

Inilah ceritaku. Namun, kebahgiaannya yang ku ingin. Dan tetap akan ku doakan dan bermohon pada Illahi, agar gadis ini mencari kebahgiaan yg dicari-cari, agar gadis ini dapat bersenyum..

Kepadamu..

Maafkanlah haz. Kerna, haz masih bersalah. Bersalah atas apa yang berlaku. Haz yang memusnahkan segala impian dan segala keindahan. Hazlah perusak rawana.

Hanya yg dipinta, secebis senyuman.
Hanya yg dipinta, seukir kata-kata
Mere dosti karoge?


PS: Terubat rinduku melihat dirimu. Indah rasanya. Rindu di hati terubat, senyuman beserta tangisan di hati melihat dikau. Tak dapat ku lupa wajahmu, dan akan kuabadikan dalam jiwaku..

Im gonna take this moment
Make it last forever
Im gonna give my heart away and
pray we'll stay together
Coz ur the one good reason
You're the only girl that i need
Cuz u're more beautiful than i have ever seen

Im gonna take this night, and make it Evergreen..=)

Terima kasih kerna ingin bertemu dengan ku..

Dan mungkin bila nanti, kita kan bertemu lagi... ... ...

Wednesday, June 22, 2005

Yang tersurat ada yg tersiratnya..

Hari ini berlainan sedikit bagiku. Ku rasa bukan sahaja sedih, tetapi bingit!

Mengapa ya?

Oh ya, tanyalah twin aku. Buat susah aku je.

Aku rasa, inilah kali pertama dan kali akhir akanku interfer dalam sesebuah pergaduhan. Taulah, aku ni sedar aku tak pandai sangat dalam hal2 diplomasi cenggini. Maklumlah, dengan tahap kesabaranku yg sikit macam sudu, rasa bingit tu mcm normal bagiku.

Ini yang buatku sedar sesuatu perkara.

Aku takut atau phoebia bebende pegaduhan cenggini. Aku orangnyer tak suka gaduh2, lauk gaduh2 aderlar haha.

Buat gelak plak. Hish, tak sensitip langsung gua.

Masih dapat ku rasa kepahitan dan kesengsaraan yg ada pada hati kecil ini. Puas ku mencari a source of happiness tapi tak dapat meringankan sarat di atma. Mengapa, oh Tuhan?

Aku kalau ikutkan hati, ingin kembali seperti sediakala.

Sekarang, kepalaku rasa cam terpusing2. Conpuse. Kater org, numb eh?

Banyak sudah titisan air mata yg telah ku gugurkan. Namun, kemanakah ia akan berakhir? Dimana? Bila?

Namun sarat di hati dapatku tahan walaupun ada juga ku rasa cam nk nangis dalam tandas ketika ku menelaah di skolah tersebut. Lebih2 lagi insan itu mempunyai permata yg lain. Hish, hampeh benar.

Nasib baik aku dengar lagu hindustan, hohoho. Dapat jugak buatku gelek2 macam org giler.

Kian jauh ketimur, tempat yang terang ini kian pudar kuningnya, sehingga akhirnya menjadi remang-remang dan hilang dibalik kabut yg gelap...

Akan ku rebuhkan diri ini di dalam kehinaan pada malam yg sepi ini. Biarkan hembusan bayu ku hiraukan, biar ketandusan malam ku abaikan. Bertemu dengan yg satu akanku laksanakan, itu sahajalah tempat mengaduku.




Demi cinta, kan ku korbankan segala-galanya.





Demi cinta tiada lain.

Demi cinta.

Tuesday, June 21, 2005

Adakah diriku ini
atau hidupku ini
sesuatu persinggahan di ufuk dunia..
penuh cakaran
belai kata-kata menyerbu seribu tombak
memecah bersepahan seribu

dulu; lakaran hidupku bermainan wayang kulit
sebuah hikayat tidak hilang tidak terseret
oleh masa yang usang dimakan usia

Oh kencana!
Sungguh meriah pada tiang senja!
Lagu mekar dendangan sufi dan asmara
diikuti dendangan paluan rebana dan dandi
ekori aluan madali dan duri
shahadan suaranya terlalu merdu
getaran aluan irama dan lagu
sungguh riang hakikatnya memandang

...tersenyum sebar dindaku kekasihku
yang duduk bersebelahanku
menatang ambang kayangan indrapuri...

Namun.. ..
Perlukah bencana menyerbu masuk
memecah menghonar segala yang hidup
terpisahnya lagu dari hikayat hidupku

Wayang kulit menjelma bergerak tanpa irama dan lagu
Semangat patah, pangkal akal kusut
angin berterusan menyerbu masuk
memisah segala yang riang dan tawa
diisi pula tima yang panas membara
diisi juga asap racun yang sesak
persis nazak seseorang yang tenat pernafasannya

Kutidak dapat membuka mata
kerna alam dibuai kegelapan
Terperangkap sudah terbelenggu dalam
tubuh yang lemah dan daus

tidak dapat bergerak
tidak dapat lihat


Dalam lembah yg gersang ku pinta air mawar
HAUS AKU!!
tulang daging menjadi kerak pepasiran debu
tulang daging bersatu dengan Gaia
Hancur, itulah dia, mayat hidup berkeliaran layu

Menyusul sudah tercetus alah
Peperangan dahsyat membalut atma dan udara
dengan titisan darah dan air mata

Dapatkah ku bersuara
menghulus pedang ke arah mereka
yang memakan menggigit mendusta

Penceroboh!Rakus merampas takhta di hati!

.. .. .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..

Dimanakah kekasih
bidadari syurga coretan puisi
yang dahulu
Dikau semai cinta abadi
dan sekarang
dikau hilang dari mata kalbi
Kesana kesini ku mencari
teriak sudah namamu
pantulan bergegaran menyerbu masuk pintu kayangan
hanya hampa yg kudengar

Dimanakah kekasih
yang jauh dariku
memakan debu
rinduku segenap nafas sedetik hati
melihat menunggu kehadiran putri dewi
membawa pancaran suria bernama harapan
Cintaku
Lebih jauh dari perhujungan angkasapuri
yang bertaut pada empat sudut khatulistiwa peri
Jauh bersih sesuci telaga khausar
kerana itu diaku kujadikan erti
bagi perjuanganku ini
akan ku kembalikan lagu dan irama
kepada cerita wayang kulit kita

Putra Putri bersanding di atas legenda
Tamatlah kalam kita sebagai cerita
Kekal abadi cinta abadi
Gembira sudah selamanya..pasti.

Karya oleh: Ibnu Hazlami Az Zawawi

Monday, June 20, 2005

wad does it mean?

Niari sungguh berbeda pada diri hamba.

Yah, kerna ku rasa kedua dua perasan yg mencurigakan.

Pertama, ku rasa sedih.

Kedua, ku rasa gembira.

Mengapa ya???

Aisehman.. Tadi ku pergi menelaah bersama teman-teman rapatku MIMI ngan DIDI haha..
Kami bermula menelaah untuk peperiksaan MID YEAR pada pukol 8.30am (maaplah jika saya dtg lewat, ia tidak bisa berulang haha). Gue pula rasa lapar, so pergi membawa diri ke MACDONALD untuk sarapan pagi.

Sedang saya dlm perjalanan menuju ke kaunter pesanan, pantatku yg sexy terlanggar sebuah kerusi kepunyaan sekeluarga melayu ini. Lantas dgn tidak serta merta ku pinta kemaapan ala style THAI (sawadikap..)

Hampeh betol. Nak tyme balek ader si pakcik ni tanyer samader aku nie org Thai ke tak? meskipon kulitku yg 'dark brown' ini memusykilkan public, tapi kutukkan itu tak bermadah. Raser cam nak maki je haha.

Dah sampai. Menunggu ketibaan WINNIE. Fuyoh, pasal tulah gue dapat mendraw muker dier.. Jeng Jeng Jeng!!

Tak dpt ku beri perhatian pada pelajaran Hisabku kerna tak dapatku lupakan saat2 yg menyegarkan diri ini...

Ceh, naper plak sedih member??

Pasal diri ini terlihat si gadis desa yg kata org, ape tu, unforgetable?
Terus hati ini tersebak dlm kesedihan. Takyah diri ini mengelaborate part ni kan..

Tapi.. Syahdu sungguh hari ini.. Walaupon ku tidak dpt menghilangkan rasa sedih dan hiba atas kecelaan yg menimpaku, tapi nasib baik ada WINNIE yg terus-menerus memberi tsunami yg dasyat sehingga ter-melt gue.. muahaha..

Indah kayangan, susul jika sepi hati..
Namun, terbuka luka yg telah lama terpendam..
Ku rasa bagai derusan rindu bayangan..

Teman, persoalan yg tak sudah maseh ku bawa ke hulur hilir..
Teman, kekosongan di hati maseh ku bawa ke sana sini..
Teman, mengapa sebegini?

Adakah takdir yg menyepi?
Atau hanya ujian Illahi?

Sekali lagi, demi cinta, ku akan korbankan segalanya..

Demi cinta..

PS: and i must say, this song IS magical.. Can't forget dat, can u..

Flash News..!

WINNIE!!! WINNIE!!!! IM GOING CRAZIEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE..............!

WOOSH!!!

POWER!!!!!!!!

UBERLY SUPERB!!!!!!!!!

WINNIE!!!!!!!!!!! I MISS YA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SAY BUBYEE AGAIN CAAN?????????


hehe..=D

Thursday, June 16, 2005

im not sure why.. but somehow, im missing someone so dearly..

Mustika hati..
Semenjak dikau berada disisi
Halus bagaikan derusan bayu
Hanya lagu rindu ku daya beri

Sangkakala baiduri menerjah dlm kekosongan
Kosong
Dek bebunga sekuntum tiada harum

Demi cinta
Ke hulu hilir akan ku sampaikan warkah ini
Pelukan asmadi menerkah jiwa
Patut..
Usah dikau bertemu janji
Kerna ia hanya membawa darah pitam rawana

Bebola geloga bupala menjadi saksi
akan hati ini
sesuai di jejari yg suci
sesuai di tanah gersang

Hampa, kenapa ia memikul dunia?
Dek bahtera pusara
Bukan ratna manikam dicari
Tetapi maut menjadi teman sejati

Isilah
Kekosongan yg ada pada yg da'if ini
Mengata dulang paku serpih
Paduk suaran halus menyersih
Kerna cintaku telah ku satukan dahulu
Dan akanku abadikan dlm jiwaku

Abadi...

Wednesday, June 15, 2005

Hasta prontos..

The results are out.

Allah.

Jika inilah ketentuanMu, akan ku terima dengan segala rela hatiku.

Lots of things happen along the way.

Wanna thank a few people:

1) Nad and mizan twin brother aku yg senantiasa berada di sisiku. Sahabat sejati sehingga di akhirat ya?

2) Kaum keluarga yg tercinta. Lebih2 mak dan bapak. Sori ey pak, tak dpt amek pak semaser pak pulang dari tanah suci. Tapi takpe, skrg pak dah selamat pulang, alhamdulillah. Semoga pak dapat jumpa perjalanan pak dlm perjalanan tasawufmu.

Nak beri komentar sedikit.

Perjalanan tasawuf memang byk dugaannyer. Sebagaimana bapak aku mengalaminyer, aku raser tersebak di dada apabila memikirkan pengorbanannyer sebagai bapa dan kepala keluarga. Walaupon maseh melawan penyakitnya, beliau tetap bekerja keras demi mencari genuak untuk kais pagi dan petang kami. Byk juga rintangan yg dihadapi seperti masalah keluarga, masalahku, masalah abgku yg tidak dapat memasuki bidang perubatan, masalah kewangan dan sebagainya.

Namun ketabahan di hati maseh beliau aju2kan demi kemaslahatan keluarga yg tersyg.

Demi cinta.

Untuk Allah dan Rasul. Untuk keluarga dan teman. Kesabaran yg ternyata besar ganjarannya.

Seperti perjalanan Rasulullah untuk mengenal dirinya dan Tuhannya, Baginda sendiri mengalami pancaroba yg amat menyiksakan. Sehingga semasa wafatnya sendiri beliau sanggup dan ingin memikul sakitnya SAKARATUL MAUT ummahnya yg tercinta.

Allah.

Sehingga direjam dgn batu-bata oleh orang arab di Tha'if. Sehingga menitis darahnya.

Allah.

Sempena Hari Lahir bapaku ini, aku ingin bermunajat padaMu agar Kau berikan kebahgiaan kepadanya.

Bukan kebahgiaan dunia ya rabbi, tetapi kebahgiaan di akhirat kelak.

Kerana kebahgiaan di dunia hanya sementara, di akhirat jua kekal abadi.

Kerana katanya, "ORANG YG INGINKAN KEBAHGIAAN DUNIA BAGAIKAN ORANG KEHAUSAN YG MELEGAKAN DAHAGANYA DENGAN MINUMAN LAUTAN. AKAN TIDAK HILANGNYA HAUSNYA WALAUPUN SEGALA AIR LAUTAN DI MINUM."

Kerana di akhirat jua akanku gembira. Tiada duka. Tiada pilu. Hanya kebahgiaan di syurga abadi.

Ya rabbi, jauhkanlah kami dari seksaan api neraka yg berbalam2 panasnya.

3) Adek2 ku yg tercinta, kerna semangat dan kasih kepadaku untuk berterus dengan apa yg ada padaku sekarang. Lebih2 lagi seseorang daripada mereka, yg sanggup bertitisan air mata apabila melihatku diluar tingkapnya. Tak taulah, org yg tidak ku kenali, sedarenyer juge tumpang gembira, inilah kata org love at first sight muahaha.

4) semua yg berikanku secebis keindahan yg dikatakan kehidupan. samada pahitnya atau manisannya, agar diri ini mampu membesar dari setitik air permata menjadi sebuah lautan.

Tadi pagi pegi blaja ngan Nadiah anak kepada Encik Basiron dan Mizan anak kepada Sabar di sekolah mereka. Mujur dapatku belajar matematik dengan khusyuk.

Kepada saudari adekku, kamu tahu siapa dirimu, semoga dikau selamat pergi dan pulang. Ku menanti kehadiran mu di seberang tambak. Jgn lupe ole2 dari malaysia ya?

Namun, hati ini tetap rasakan debaran ketika menerima keputusan yg tidak ku duga sekian lama ini.

Bilakah pertemuan ku dengan kebahgiaan Ya Rabbi?

Tambahan rasmi, hatiku telah dikau sunting. Bila masanya tiba, akan ku luahkan segala isi hatiku padamu. Ku rasa, dikaulah teman yg dapat menerimaku yg dai'f ini.

Hasta pronto.

Sunday, June 05, 2005

Allah. Im in pain. =(

Friday, June 03, 2005


im gonna miss you guys.. tamat sajalah kisah di airport kiter ehk.. Posted by Hello

dtg plak si samdol nombor dua.. dah complete dah budak merepek kat airport..  Posted by Hello

ape yg kiter ngah pikir tu? Posted by Hello

gelap? nampak dua budak hitam? haha, bodoh nyer angle, apedah, amek lar pandai sikit tu.. kan muke hensem aku tk nmpk.. (aku masih berpendapat aku lebih hensem dari mizan muahahaha) Posted by Hello

aku ngah meditate dgr lagu Siti Nurhaliza pat hp aku haha.. Lagu mp3 hasil kawan baik aku Nadiah anak Basiron, lagu Dialah di Hati, power bodoh.. aku nk gi concert dier, kalau panjang umur.. Posted by Hello

kasot kiter bertiga.. haha.. aku nyer tetap lagik cantik cumer blom cuci je haha.. ey, mahal sae, limited LAKAI edition tau, 8 dalam satu Asia Tenggara tau.. Taufik Batisah pernah pegang kasot aku, betol, tk caye.. Jumpe dier pat Queensway beli kasot, abeh dier nk beli kasot aku, tapi mahal sgt kot.. haha.. Posted by Hello

mizan ngah jiwang sementara aku ngah carik ni lalat sial yg berterbangan mengacau ketenteraman di airport.. sipot betol lar si lalat tu.. Posted by Hello

nampak hantu?? hahaha.. ni kiter ler.. Dari kiri: Aku, nadiah anak basiron, dan mizan si setan tu haha Posted by Hello

ni aku ngan twin aku mizan pat airport.. Merepek sae.. haha.. jakon tk penah nampak kapal terbang.. Posted by Hello

Im ending with a soft note

It's been a while since i post. Buzy with preparations and stuff liddat.

Before i go, i wanna thank everyone for helping me grow, even if you hurt me or make me happy.

I finally understood the meaning of the word 'Life'.

Life is to give, to sacrifice, to pursue your very dreams, to share, to smile, to open your heart and mind to the greatness..

Life is the essence of one's soul to determine his/her fate.

Life is a malignant tumour that makes risk and kills.

Life is a key to Life. Eternal Life. Where all that is somber and stone comes to life and prance about the Gates of Heaven.

Life starts with a cry, and ends with a tear.

But im intending to end it by smiling.

Thx Nad and Mizan for being there wimme. I wun forget u guys, and I'll put you both in my wings.

I shall return, no matter wad shape, or size, with victory.

Oh Allah, guide me to the Heavens. For I give my all to You, and my task is still not done. I haven find the Pure Happiness in me. And ppl around me are still sad. Let me breathe for a moment to make others smile. Dear Lord, gimme the strength I need, and take care of my parents as how they have taken care of me, cleanse them of their sins with the water of Taubah. And make them happy with the rays of Iman. Ya Allah, bless us with wad u have given to us, and save us all from HellFire. Let my last be with Iman, my hopes be with Islam, and my heart be with Ikhsan.

I am scared. But I know i must.

And to all, my family, my lil sisters, esp Noni (forgive me child, im sori for all the misunderstanding), my frens and to you my fren.

Too bad. So sad.

Smile, laugh, and before you know it, you're in God's Arms..

=)

Yours Sincerely,
Hazlami.