Tuesday, October 19, 2004

[this is for u, sweetheart..i still love u..]

Mulanya hanya teman biasa
Tiada cinta tiada duka
Hanya senyuman petanya khabar
Hanya gurauan tandanya rakan

Hatiku muskil hingga ke dini hari
Soalan di sanubari belum terhurai lagi
Dari dulu hingga dini
Jawapan dicari masih tersembunyi
"Siapakah dia kepada diriku?"
"Kenapakah dia menjadi teman rapatku?"

Seketika dulu pernah tertanya
Adakah mungkin terpikat sudah
Kepadamu saudara Islamku
Kepadamu teman karibku

Kini jelas dihadapan mata
Jawapan yang kudahaga terbentang jua
Mungkin sudah kujangkaui
Mungkin jua tidak kuakui

Kau hadir dalam gelapku
Menyinari indah kamar sepiku
Bak cahaya menerangi hatiku
Menyuluh jalan yang daku tempuhi

Jika bumi berbelah dua
Andai lautan jadinya bara
Akan ku genggam mu semana daya
Tidak ku tinggalkanmu selagi bernyawa
Kerana kamu insan istimewa
Kerana kamu bernama Aishah

No comments: